TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
- Pemerolehan ,
penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan
teknologi komputer dan tele-komunikasi
- Senn menyatakan
teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu
komputer, komunikasi dan tahu-guna
- Gabungan ketiga-tiga
komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih
produktif, berkesan dan berjaya.
MAKSUD TEKNOLOGI
- Teknologi merupakan
satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.
- Boleh dikatakan
pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk
menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat
dengan rekaan dan aksesori menggunakan prinsip sains dan proses
terkini.
- Teknologi digunakan
dalam bidang ekonomi, yakni teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan
semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang
dikehendaki.
HUBUNGAN TEKNOLOGI DENGAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
- Teknologi Maklumat
(Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi
yang diperlukan untuk pemprosesan data.
- Secara tepat dan
mudah dapat dikatakan sebagai penggunaan komputer dan perisian untuk
mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
- Teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) wujud berdasarkan perkembangan dan kemajuan pesat
dalam bidang mikroelektronik yang menghasilkan kemudahan teknologi seperti
komputer meja dan komputer riba, jaringan internet, e-mel, laman sesawang
dan sebagainya.
- Bahasa Inggeris
merupakan bahasa yang digunakan dalam teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) pada peringkat antarabangsa.
- Namun demikian,
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga mampu menggalas tanggungjawab
penting untuk menyebarkan ilmu dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) kepada masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.
Hubungan bahasa dengan teknologi maklumat dan komunikasi
- Bahasa merupakan alat
untuk berkomunikasi sesama masyarakat .
- Komunikasi ini
dilakukan secara meluas, baik secara rasmi atau tidak rasmi.
- Masyarakat pada hari
ini perlu menerima hakikat bahawa perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) berkait secara langsung dengan kemampuan menjana idea,
kreativiti dan inovasi bagi memantapkan penggunaan Bahasa Melayu.
Kesantunan berbahasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi
- Kesantunan berbahasa
semakin luntur dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Pada
era ledakan teknologi ini, keutamaan tidak diberikan lagi kepada
kesantunan berbahasa.
- Penggunaan bahasa
yang suka membangga diri, memaki hamun, memfitnah, memprovokasi, mengejek
dan merendahkan orang lain sedang berleluasa. Perkara ini jelas
menunjukkan penghakisan budaya ketimuran dan kesantunan berbahasa selain
menggambarkan citra dan peribadi bangsa yang negatif.
CONTOH :
- Hal ini kerana ,
penyakit menggunakan kata-kata sapaan atau kata-kata panggilan yang kasar
yang dikatakan kurang sopan kini telah menjadi kebiasaan dalam kalangan
pengguna IT.
- Mereka membahasakan
orang yang lebih tua atau lebih berpangkat daripada mereka dengan kata
ganti “awak”, “engkau”, “kamu” yang sememangnya jika dilihat dari konsep
kesantunan bahasa Melayu, dianggap sebagai kurang sopan, kasar dan
biadab.
- Seharusnya, kata
ganti nama yang halus dan bersopan seperti “pak cik”, “mak cik”,
“saudara”, “saudari”, “anda”, “tuan” dan “puan” wajar dipraktikkan dalam
perbualan seharian sama ada dalam alam maya seperti Facebook mahupun
perbualan di alam realiti.
- Selain itu,kelahiran
bahasa rojak akibat perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi.
- Pengguna suka
mencampuradukkan bahasa melayu dan bahasa inggeris.
CONTOH :
- Memperlihatkan unsur
bahasa yang unik dan tersendiri yakni Bahasa Melayu internet
- Muncul perkataan
seperti:
a. kang (nanti)
b. a’kum (assalamualaikum)
c. tipon (telefon)
d. persal (mengapa)
e. nko (engkau)
b. a’kum (assalamualaikum)
c. tipon (telefon)
d. persal (mengapa)
e. nko (engkau)
0 comments:
Post a Comment