MAKSUD GEJALA SOSIAL
- Gejala bermaksud
tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut kamus,
padanan yang kerap diberikan kepada perkataan gejala ialah petanda yang
membawa kepada berlakunya masalah.
- Sosial pula merujuk
kepada hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan.
- Gejala sosial ialah
tanda-tanda atau alamat tentang perihal masyarakat, kemasyarakatan atau
hal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti pada masa
lapang.
GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA
PERGAULAN BEBAS
- Dari segi bahasa,
pergaulan bererti proses bergaul, manakala bebas bermaksud terlepas
daripada ikatan.
- Pergaulan bebas
membawa maksud proses bergaul dengan orang lain yang terlepas daripada
ikatan pergaulan, biasanya melibatkan perhubungan antara lelaki dan
perempuan.
PENYALAHGUNAAN DADAH
- Penyalahgunaan dadah
melibatkan penggunaan dadah secara berlebihan yang membawa kepada
ketagihan.
- Penggunaan dadah
secara berlebihan akan mendatangkan perasaan gembira yang tidak
terhingga.
- Ketagihan dadah turut
bertujuan melarikan diri daripada kenyataan.
- Terdapat kajian yang
menunjukkan bahawa penagih dadah lebih cenderung untuk menagih dadah
secara berterusan.
PONTENG SEKOLAH
- Ponteng ialah istilah
yang digunakan untuk merujuk kepada kegagalan menghadiri kelas di sekolah
secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.
- Menurut Kamus Dewan,
ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa
kebenaran.
- Ponteng juga merujuk
kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama
ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam sehari.
PEMBUANGAN BAYI- Perkataan ‘membuang’
membawa maksud mencampakkan, menghapuskan dan menghilangkan. Perkataan
‘bayi’ bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu.
- Maksud ‘pembuangan
bayi’ ialah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak
berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan.
VANDALISME- Vandalisme ialah
tindakan jahat yang melibatkan perlakuan merosakkan harta benda awam
seperti telefon awam dan menconteng pada tempat awam seperti tandas
awam.
- Ponteng juga merujuk
kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama
ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam sehari.
MELEPAK
- Maksud “lepak” ialah
perbuatan bersiar-siar dan bersantai-santai.
- Ia dilakukan di
tempat awam di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti di pasar raya,
perhentian bas, kompleks beli belah dan sebagainya.
- Ia bukan sahaja
merosakkan pandangan tetapi juga menganggu orang lain.
GENGSTERISME
- Gengsterisme boleh
dikatakan sebagai aktiviti yang bersifat jenayah yang dijalankan oleh
individu atau sekumpulan individu.
- Aktiviti gengsterisme
termasuklah membuli, mencederakan mangsa, menyamun, memeras ugut dan
bergerak dalam kumpulan serta mempunyai seorang ketua.
0 comments:
Post a Comment