Penduduk
Taman Medan kecewa masih ada pihak buang bahan buangan di bekas lombong
PETALING JAYA: Penduduk di Taman Medan di sini kecewa kerana terpaksa menghidu bau busuk setiap hari yang dikatakan berpunca daripada pembuangan sampah di sebuah kawasan bekas lombong yang dalam proses penutupan, berhampiran kediaman mereka.
“Apakah mereka ingat Taman Medan lokasi
pembuangan sampah besar-besaran? Tapak lombong ini sudah hampir 85 peratus
ditutup tetapi mengapa masih terus dilonggokkan sampah yang tinggi menggunung
di atas sebuah kawasan tanah rata berhampiran lombong.
“Ini tidak masuk akal. Kami bimbang masalah ini jika dibiarkan, akan menjadi ‘nanah’ kepada kami. Ketinggian sampah-sarap semakin bertambah sehingga melebihi ketinggian sebuah rumah dua tingkat,” katanya ketika ditemui Sentral di sini.
Operasi pembuangan sampah itu dilakukan di kawasan yang letaknya kira-kira beberapa meter saja dari Taman Buana, Taman Indah Jaya dan Taman Datuk Harun di sini.
Megat Ahmad Tirmidzi berkata, pihak persatuan penduduk kawasan itu sudah membuat aduan beberapa kali kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), namun sehingga kini usaha mereka seperti ‘anjing menyalak bukit’.
Katanya, bau busuk itu dapat dihidu di beberapa sekolah di sini seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Datuk Harun dan Sekolah Menengah (SM) Taman Medan sehingga mengganggu pelajaran pelajar.
Sentral yang meninjau kawasan pembuangan sampah yang berkeluasan kira-kira 19 hektar itu mendapati hampir 150 lori sampah keluar masuk ke kawasan itu dengan setiap lori dianggarkan mengangkut seberat tiga tan sampah.
PETALING JAYA: Penduduk di Taman Medan di sini kecewa kerana terpaksa menghidu bau busuk setiap hari yang dikatakan berpunca daripada pembuangan sampah di sebuah kawasan bekas lombong yang dalam proses penutupan, berhampiran kediaman mereka.
Sampah-sarap terbabit dibawa masuk oleh berpuluh lori mengangkut
sampah untuk dilonggokkan di kawasan itu setiap hari.
Penduduk, Megat Ahmad Tirmidzi Megat Abdul Latiff, 48, berkata apa yang menyakitkan hati ialah sisa buangan itu bukan setakat datang dari sekitar Petaling Jaya, malah turut memuatkan sampah-sarap dari beberapa lokasi di pinggir Kuala Lumpur seperti Jalan Klang Lama, Taman Desa, Salak Selatan, Taman Overseas Union Garden (OUG) dan Jalan Kuchai Lama.
“Kami sudah lama bersabar kerana setiap hari kami menghidu bau sampah yang amat busuk. Lebih teruk, ada anak kecil kami sakit akibat tiada selera makan.
Ada pihak berkuasa tempatan (PBT) pun macam tiada saja.
Penduduk, Megat Ahmad Tirmidzi Megat Abdul Latiff, 48, berkata apa yang menyakitkan hati ialah sisa buangan itu bukan setakat datang dari sekitar Petaling Jaya, malah turut memuatkan sampah-sarap dari beberapa lokasi di pinggir Kuala Lumpur seperti Jalan Klang Lama, Taman Desa, Salak Selatan, Taman Overseas Union Garden (OUG) dan Jalan Kuchai Lama.
“Kami sudah lama bersabar kerana setiap hari kami menghidu bau sampah yang amat busuk. Lebih teruk, ada anak kecil kami sakit akibat tiada selera makan.
Ada pihak berkuasa tempatan (PBT) pun macam tiada saja.
“Ini tidak masuk akal. Kami bimbang masalah ini jika dibiarkan, akan menjadi ‘nanah’ kepada kami. Ketinggian sampah-sarap semakin bertambah sehingga melebihi ketinggian sebuah rumah dua tingkat,” katanya ketika ditemui Sentral di sini.
Operasi pembuangan sampah itu dilakukan di kawasan yang letaknya kira-kira beberapa meter saja dari Taman Buana, Taman Indah Jaya dan Taman Datuk Harun di sini.
Megat Ahmad Tirmidzi berkata, pihak persatuan penduduk kawasan itu sudah membuat aduan beberapa kali kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), namun sehingga kini usaha mereka seperti ‘anjing menyalak bukit’.
Katanya, bau busuk itu dapat dihidu di beberapa sekolah di sini seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Datuk Harun dan Sekolah Menengah (SM) Taman Medan sehingga mengganggu pelajaran pelajar.
Sentral yang meninjau kawasan pembuangan sampah yang berkeluasan kira-kira 19 hektar itu mendapati hampir 150 lori sampah keluar masuk ke kawasan itu dengan setiap lori dianggarkan mengangkut seberat tiga tan sampah.
Seorang lagi penduduk, Mohammad Badaruddin Mohammad Aminuddin, 37,
mendakwa penduduk di kawasan kediaman di situ sering diganggu nyamuk dalam
jumlah yang luar biasa sejak dua tahun lalu.
“Tidur malam kami sering diganggu nyamuk. Saya bimbang keselamatan anak kecil. Justeru, saya berharap agar satu tindakan drastik dapat dilakukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam menangani masalah ini,” katanya.
Beliau turut hairan bagaimana perkara itu boleh terlepas pandang sedangkan tapak pembuangan sampah itu begitu hampir dengan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan dan pejabat Ahli Majlis kawasan berkenaan.
Pandangan sama dikongsi jirannya, Mohammad Jazrizal Abdul Rahman, 35, yang mengadu anak perempuannya sering mengalami masalah kesihatan dan tiada selera makan sejak tahun lalu kerana tidak tahan dengan bau busuk dari tapak pembuangan sampah itu.
“Anak perempuan saya sering sakit dan gagal hadir ke sekolah kerana masalah ini. Saya cukup risau dengan masalah ini dan saya mendesak pihak berwajib segera ‘turun padang’ bagi menangani isu ini,” katanya.
Dipetik daripada Berita Harian 2010/12/20

0 comments:
Post a Comment