Pengenalan
Budaya Hedonisme dibawa masuk dari budaya barat
dan seterusnya memudaratkan budaya masyarakat tempatan di Malaysia. Punca gejala
ini timbul akibat kurang didikan agama. gejala negatif di kalangan belia terutama remaja Islam.
Didikan agama yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan
dalaman generasi muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan
kepada mereka.
Dalam kitab Bible thecatat sesiapa yang mengejar
kekayaan dengan cara yang jahat, menyangkakan dia tidak akan dirundung
kemiskinan. Di dalam Kitab Tirukal kitab suci agama Hindu ayat 931 menyebut:
Jangan berjudi, kerana jika pun kamu menang, kemenangan itu laksana mata kail
yang menyangkuk ikan yang menelannya. Di dalam buku Buddhism in Practice, Dr
Peter Santina menulis: Dalam hal ini Buddha menasihatkan manusia menjauhkan diri dari Enam aktiviti yang perlu dijauhkan adalah
perjudian, hiburan yang mahal-mahal, bercampur dengan mereka yang tidak baik, malah,
minum arak dan berpelisiran di jalan-jalan. judi ini bukan budaya semua agama
di dunia ini. Ia adalah pengaruh budaya barat yang ingin menghancurkan sesuatu
bangsa secara tidak disedari. Judi termasuk juga tikam nombor ekor dan sekutu
dengannya.
- Pertembungan tak
berlaku sekiranya budaya yang mempengaruhi tidak mendapat tentangan dari
budaya yang pengaruh.
Contoh Pertembungan Budaya
Seorang pelajar Malaysia dan Jepun sedang menaiki satu pesawat
menuju satu destinasi yang sama. Pramugari menghidangkan makan tengah hari
beserta pisang sebagai pencuci mulut.
Pelajar Malaysia dengan selamba membuka pisang tersebut dan terus
menyuap ke dalam mulutnya. Pelajar Jepun ternganga melihat tingkah laku pelajar
Malaysia tersebut.
Pelajar Malaysia kehairanan. Pada pendapatnya, tidak ada sebarang
kesalahan atau sesuatu yang pelik telah dilakukannya. Beliau memberitahu
pelajar Jepun beginilah cara masyarakat Malaysia makan pisang.
Pelajar Jepun menunjukkan bagaimana cara masyarakat mereka menikmati
pisang. Beliau membuka sebiji pisang perlahan-lahan. Pisang itu diletakkan di
atas sebuah pinggan. Pelajar itu memotong sedikit pisang itu menggunakan pisau.
Harga sebiji pisang amat mahal di Jepun dan dianggap makanan mewah.
Mereka hanya sekali sekala sahaja akan makan pisang.Perbezaan sebeginilah yang
dipanggil pertembungan budaya
ISU-ISU YANG DIPENGARUHI
CARA PERCAKAPAN
Pada masa kini, banyak bahasa barat telah campur kepada bahasa kita.
Contohnya, "Malam ini kita pergi dinner.". Ini membuktikan betapa
hebatnya pengaruh barat terhadap kita. Bahasa melayu kita yang kita sering
gunakan sekarang sudah "bercampur" dengan bahasa dari barat menjadi
satu cara percakapan yang baru.
Sebenarnya, ini bukan merupakan sesuatu yang buruk, kerana bahasa
barat lebih biasa digunakan. Namun cara percakapan yang kasar turut dicampur ke
dalam bahasa melayu kita. Terutamanya golongan remaja yang menganggap bahasa
barat yang kasar itu sesuatu yang dapat membesarkan maruah diri sendiri dan
mereka tidak tahu bahawa itu akan menjatuhkan maruah diri mereka.
Sebenarnya, kita perlulah menjaga imej bangsa kita melalui cara
percakapan kita. Selain itu, ini jugalah untuk meneruskan tradisional kita dan
supaya bahasa Melayu dapat terus digunakan oleh bangsa kita pada masa akan
datang.
HEDONISMA
Budaya yang berasal dari negara Barat ini sebenarnya merupakan barah
yang kini semakin mengancam jiwa remaja di Malaysia pada masa kini. Bukan
begitu sahaja, ia mampu merapuhkan adat berbudi bahasa yang merupakan pegangan
hidup masyarakat Malaysia pada suatu masa dahulu. Budaya ini begitu cepat
menular di kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti
yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar.
Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan kebebasan media yang tidak dikawal
ketat, hedonisme merebak dengan pantas tanpa disedari mereka. Keadaan bertambah
buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa. Ini termasuk penggunaan
pil Eecstasy yang banyak digunakan oleh remaja kota. Selain itu, peningkatan kelahiran
anak luar nikah dan kes pembuangan bayi adalah akibat gejala negatif di
kalangan remaja yang terpengaruh dengan hedonisme.
FESYEN BARAT
Fesyen barat dikaitkan dengan meniru fesyen terutamanya dari segi
pemakaian.Sebagai contoh, memakai pakaian yang terdedah atau tidak menutup
aurat yang boleh menimbulkan pelbagai perspeksi dalam kalangan masyarakat.
Fesyan barat sememangnya mempamerkan imej yang tidak senonoh dan seksi.Salah
satu punca seseorang meniru fesyen-fesyen barat ialah mereka mengamalkan gaya
hidup moden.Gaya hidup moden biasanya diamalkan di bandar bagi sesetengah
golongan masyarakat. Meraka lebih suka mengikut fesyen terkini seiring dengan
arus pemodenan dan globalisasi. Bagi mereka pakaian tradisional dianggap lapuk
di telan zaman. Seseorang yang meniru ciri-ciri pemakaian barat secara
tidak langsung dipandang rendah oleh masyarakat. Hal demikian disebabkan oleh
imejnya yang seksi, terdedah dan terlalu menjolok mata tidak dapat diterima
oleh masyarakat. Golongan yang meniru budaya pemakaian barat dianggap tidak
mempunyai identiti yang tulen dan asli.
MAKANAN & MINUMAN BARAT
Pengaruh makanan dan minuman barat semakin berleluasa di masyarakat
kita sehingga ia menjadikan masyarakat seolah-olah lupa akan makanan dan
minuman yang menjadi identiti keperibadian bangsa. Pengaruh makanan dan minuman
barat telah menguasai minda masyarakat kita. Walaupun makanan dan minuman barat
tidak bercanggah dengan agama, tetapi secara tidak langsung ia telah berjaya
mengikis jatidiri belia remaja. Contohnya isu makanan, walaupun ia merupakan
isu kecil, tetapi dominasi makanan segera telah menenggelamkan makanan tradisi
masyarakat hari kini. Belia remaja kita lebih mengenal makanan dan minuman
keluaran barat daripada masakan tradisi yang turun-temurun masyarakat dahulu.
Kami boleh terdapat pelbagai jenama makanan di mana-mana bandar di Negara kita
seperti Mc Donald, KFC, Pizza Hurt dan lain-lain manakala minuman seperti
Pepsi, Coca-Cola, Seven-Up dan lain-lain. Belia remaja merasakan pengambilan
makanan dan minuman segera merupakan satu lambang cara hidup yang moden.
Sebenarnya ia akan menyebabkan masakan tradisi semakin pupus dan belia remaja
kehilangan identiti keperibadian bangsa.
PERGAULAN BEBAS
Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab masalah pergaulan
bebas dalam kalangan anak muda di Negara kita.Salah satunya ialah terpengaruh
daripada cerita Hollywood yang tidak sesuai ditonton oleh remaja bawah umur 18
tahun.Kebanyakkan cerita yang ditayangkan ini mamaparkan aksi-aksi yang kurang
sopan antara lelaki dan perempuan ,seperti melakukan hubungan intim tanpa
ikatan yang sah atau lebih tepat lagi dengan istilah melakukan maksiat.Keadaan
seperti inilah yang menyebabkan remaja yang menonton tayangan ini akan
terpengaruh dan ingin mencubanya dengan rakan yang berlainan jantina.
Selain itu,masalah pergaulan bebas ini sering menular kerana adanya
pengaruh daripada anak-anak muda yang pernah menuntut di perantauan,mereka
membawa pulang budaya barat dan mempraktikkannya apabila pulang ke tanah
air.Mereka bergaul bebas tanpa mengira jantina,menyebabkan generasi muda yang
melihatnya terpengaruh serta memberi impak negatif seperti menjerumuskan anak
muda ini ke arah penzinaan dan seks bebas.Keadaan seperti inilah yang boleh
menyebabkan berlaku kes pembuangan bayi serta masalah keruntuhan akhlak
generasi muda hari ini.
JUDI & ARAK
Budaya barat seperti “clubbing” merupakan satu buday yang menjadikan
judi dan arak menjadi semakin popular di kalangan remaja ini. Mereka merasakan
judi dan arak adalah sesuatu kegiatan yang dapat medatangkan keseronokan dan
kekayaan secara cepat. Namun semua ini dalah dilarang oleh ajaran agama.
RUMUSAN
Pengaruh budaya Barat telah membawa kesan buruk kepada keruntuhan
akhlak seseorang mahupun masyarakat pada masa kini. Generasi muda merupakan
salah satu sasaran utamanya. Antara kesan yang amat membimbangkan ialah
serangan budaya barat kepada pemikiran dan moral masyarakat. Semakin ramai
golongan pemuda hari ini sentiasa mengejari gaya hidup global yang ditandai
oleh pelbagai ciri kehidupan barat. Misalnya, memakai pakaian berjenama barat,
media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda, makanan segera keluaran
barat dan lain-lain lagi. Dalam era pasca modenisme, mereka tidak suka
menjalani kehidupan yang tiada keseronokan, samada nilai, adat dan
sejarah-sejarah dahulu, termasuklah agama. Kesan intelektualan Barat ini telah
memaparkan sifat negatif dalam kalangan mereka apabila sesuatu perkara yang
tetap dan stabil tidak digemari seperti institusi agama yang menimbulkan nilai
dan cara bertindak yang tidak serasi dengan mereka.
0 comments:
Post a Comment