Monday, September 1, 2014

ISU-ISU KESANTUNAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

  • Para remaja tidak menghormati orang tua. Mereka tidak memanggil orang tua dengan gelarannya. 
  • Hal ini mungkin disebabkan oleh terlalu terdedah dengan drama-drama Inggeris dan tayangan di televisyen terbitan orang barat. 
  • Dalam konteks ini , teknologi maklumat memainkan peranan yang penting mempengaruhi orang ramai melupakan budaya sendiri.
  • Generasi hari ini banyak menggunakan bahasa singkatan untuk komunikasi . 
  • Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menyumbang kepada penggunaan perkataan singkatan dengan meluas. 
CONTOH: 
  1. Penggunaan ‘’aq’’ disamping ‘’aku’’. 
  2. Penggunaan ‘’cyg’’ disamping ‘’ sayang’’. 
  3. Hal ini banyak mempengaruhi penulisan dalam urusan rasmi.

CONTOH-CONTOH ALAT ICT YANG DISALAHGUNAKAN  PADA ZAMAN INI YANG MENJEJASKAN KESANTUNAN

Jenayah siber
  • Menurut kajian yang dilakukan oleh Mazlan Osman dan Amri Abdul Rahman dari UiTM, jenayah siber merujuk kepada aktiviti jenayah yang berkaitan dengan teknologi dan komputer menerusi Internet. 
  • Menurut kajian tersebut juga, pengguna Internet melakukan pelbagai jenis jenayah siber seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah ke atas sistem, menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya, pornografi, penggodam, penyebaran virus dan mel spam. 
  • Untuk mengenalpastikadar jenayah siber di Malaysia, Berita Harian Online (22 May 2012) telah melaporkan bahawa kadar jenayah siber telah meningkat sehingga 88 peratus pada tahun 2011 berbanding dengan pada tahun yang sebelumnya yang hanya mencatat 8090 kes jenayah siber.

Penggodam maklumat 

  • Penggodam dan pengganas siber yang bersikap sesuka hati juga memusnahkan data dan mengubah sistem komputer 
    • Mereka juga boleh menggunakan internet untuk mencuri maklumat sulit yang dimiliki oleh individu, syarikat dan organisasi dan memperoleh keuntungan melalui cara penjualan kepada pihak pesaing. 
    • Tambahan pula, ancaman siber itu bukan saja berlaku ke atas laman web kerajaan kita seperti www.malaysia.gov.my. , manakala laman web milik Agensi Perisikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat turut diserang oleh penggodam (Berita Harian Online,17 June 2011)

    Bahan-bahan pornografi 
    • Kewujudan internet yang akibat daripada perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan bahan pornografi tersebar dengan cepat. 
    • Selain internet, amalan menonton video lucah dalam kalangan belia juga didorongi oleh filem-filem dan program-program televisyen yang mengandungi unsur-unsur lucah atau erotik.

    Kewujudan budaya plagiarism 
    • Sebagai contoh, golongan belia telah menyalahgunakan teknologi sebagai satu cara untuk memudahkan dan menyiapkan kerja sekolah dan assignment mereka dengan meniru, menciplak dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang lain melalui internet. 
    • Hal ini bukan sahaja menjejaskan amalan kesantunan malah ini juga akan mengakibatkan individu yang terlibat tidak melakukan sesuatu tugas dengan hasilnya sendiri. 
    • Kewujudan teknologi internet telah mempengaruhi budaya ilmu dalam kalangan belia, iaitu dari mengambil buku rujukan akademik atau jurnal sebagai rujukan untuk mendapatkan maklumat dalam persiapan tugasan mereka kepada menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka.

    LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU KESANTUNAN BERBAHASA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


    Peranan institusi keluarga 
    • Mempraktikkan gaya pertuturan atau perbualan yang sopan dan teratur. 
    • Perlu tegas dalam mendidik anak-anak mereka. Hal ini demikian agar generasi muda ini alpa dengan disiplin dan pertuturan bahasa yang sopan tidak kira di mana mereka berada terutamanya ketika menggunakan laman sosial.

    Peranan pihak sekolah 
    • Memantau para pelajar dari segi tingkah laku mereka, malahan peradaban mereka terutama sekali dari segi pertuturan yang diucapkan semasa mereka berada di dalam dan luar sekolah.
    • Menganjurkan kempen-kempen yang berkaitan dengan budi bahasa untuk diterapkan oleh mereka. 
    • Menerapkan penggunaan bahasa yang santun dalam teknologi maklumat dan komunikasi.










ISU TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
  • Pemerolehan , penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi 
  • Senn menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu-guna 
  • Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya.

MAKSUD TEKNOLOGI
  • Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. 
  • Boleh dikatakan pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan aksesori menggunakan prinsip sains dan proses terkini. 
  • Teknologi digunakan dalam bidang ekonomi, yakni teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki.

HUBUNGAN TEKNOLOGI DENGAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
  • Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. 
  • Secara tepat dan mudah dapat dikatakan sebagai penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
  • Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) wujud berdasarkan perkembangan dan kemajuan pesat dalam bidang mikroelektronik yang menghasilkan kemudahan teknologi seperti komputer meja dan komputer riba, jaringan internet, e-mel, laman sesawang dan sebagainya. 
  • Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang digunakan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) pada peringkat antarabangsa. 
  • Namun demikian, Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga mampu menggalas tanggungjawab penting untuk menyebarkan ilmu dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) kepada masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

Hubungan bahasa dengan teknologi maklumat dan komunikasi
  • Bahasa merupakan alat untuk berkomunikasi sesama masyarakat . 
  • Komunikasi ini dilakukan secara meluas, baik secara rasmi atau tidak rasmi. 
  • Masyarakat pada hari ini perlu menerima hakikat bahawa perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) berkait secara langsung dengan kemampuan menjana idea, kreativiti dan inovasi bagi memantapkan penggunaan Bahasa Melayu.

Kesantunan berbahasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

  • Kesantunan berbahasa semakin luntur dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Pada era ledakan teknologi ini, keutamaan tidak diberikan lagi kepada kesantunan berbahasa. 
  • Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki hamun, memfitnah, memprovokasi, mengejek dan merendahkan orang lain sedang berleluasa. Perkara ini jelas menunjukkan penghakisan budaya ketimuran dan kesantunan berbahasa selain menggambarkan citra dan peribadi bangsa yang negatif.

CONTOH :

  • Hal ini kerana , penyakit menggunakan kata-kata sapaan atau kata-kata panggilan yang kasar yang dikatakan kurang sopan kini telah menjadi kebiasaan dalam kalangan pengguna IT.
  • Mereka membahasakan orang yang lebih tua atau lebih berpangkat daripada mereka dengan kata ganti “awak”, “engkau”, “kamu” yang sememangnya jika dilihat dari konsep kesantunan bahasa Melayu, dianggap sebagai kurang sopan, kasar dan biadab. 
  • Seharusnya, kata ganti nama yang halus dan bersopan seperti “pak cik”, “mak cik”, “saudara”, “saudari”, “anda”, “tuan” dan “puan” wajar dipraktikkan dalam perbualan seharian sama ada dalam alam maya seperti Facebook mahupun perbualan di alam realiti.
  • Selain itu,kelahiran bahasa rojak akibat perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi.
  • Pengguna suka mencampuradukkan bahasa melayu dan bahasa inggeris.

CONTOH :


  • Memperlihatkan unsur bahasa yang unik dan tersendiri yakni Bahasa Melayu internet
  • Muncul perkataan seperti:
a. kang (nanti)
b. a’kum (assalamualaikum)
c. tipon (telefon)
d. persal (mengapa)
e. nko (engkau) 



ISU MEDIA

TAKRIFAN BAGI MEDIA
  • Media (atau media penyiaran) merupakan sejenis cara komunikasi yang membolehkan maklumat disebarkan kepada masyarakat, melalui radio, televisyen,suratkhabar, majalah, filem, dan juga internet. 
  • Istilah ini telah dicipta pada tahun 1920-an ketika rangkaian radio serta jaringan suratkhabar dan majalah mula boleh didapati dengan mudah di merata tempat.

SEJARAH MEDIA
  • Media atau lebih dikenali sebagai media massa sering kali dikaitkan dengan komunikasi dan kedua-duanya saling ada hubung kait. 
  • Jika ditinjau perkembangan media,media mula berkembang selepas wujudnya sistem tulisan yang menjadi perantara perhubungan manusia. 
  • Media massa semakin berkembang selepas penciptaan mesin cetak olehGUTTENBERG maka bermulalah yang dikatakan era komunikasi tercetak.
  • Era komunikasi interaksi bermula pada tahun 1946 dengan permulan sebanyak 1800 komputer eriak di lancarkan dan 1947 WILLIAM SHELEY,JHON BARDEN,WALLER BRAITTAIN mbuat transistor dengan bahan dasar pasir silicon di LAB. 
  • Penemuan bahan kramik elektrik oleh JG BENORD dan ALEX MULLER telah mencetuskan radio tanpa kabel di Chicago USA dan digunakan untuk sambungan local interlocal sebagai hubungan antara manusia.Hal inilah yang menjadi nadi penggerak kepada kewujudan media dan sistem komunikasi pada hari ini dan kita sebagai pengguna generasi baru harus menghargainya dan seboleh-bolehnya cuba mengembangkan lagi atau memajukan lagi sistem media dan komunikasi sedia ada

FUNGSI MEDIA

1. Pengawasan (surveillance) 
  • Dijadikan sebagai pengawasan dan peringatan (media akan menyebarkan berita tentang ancaman seperti bencana alam, serangan militer, inflasi dan krisis ekonomi dengan cepat.) 
2. Keterkaitan (linkage) 
  • Media massa menjadi alat penyatuan anggota masyarakat yang beragam sehingga membentuk pertalian berdasarkan kepentingan dan minat yang sama tentang sesuatu.
3. Penyebaran nilai (transmission of values) 
  • Watak dalam media menjadi contoh kepada khalayak tentang tindakan baik yang sepatutnya dilakukan oleh mereka. 
4.Hiburan (entertainment) 
  • dijalankan oleh setiap media massa. 
  • Contoh: television, radio dan komputer.

JENIS-JENIS MEDIA

Media Komunikasi

  • Media boleh ditakrifkan sebagai alat yang digunakan untuk komunikasi. 
  • Ia juga boleh didefinisikan sebagai alat pembantu untuk memindahkan pesanan dari sumber kepada penerima. 



  • Boleh dibahagi kepada: media cetek, media elektronikMedia Cetak
    • Media yang menggunakan unsur pencetakan untuk penyampaian pesanan 
    • Contohnya, surat khabar, buku, majalah, jurnal, brosur, poster 
    • Jenis media komunikasi ini tidak digemari oleh semua kerana hanya digemari oleh orang yang minat membaca.
    Media Elektronik
    • Media ini menggunakan alat elektronik untuk menyampaikan pesanan kepada orang ramai. 
    • Pesanan dapat dilihat, boleh didengar, dan juga boleh dibaca. 
    • Ini kerana bentuknya lebih kompleks daripada media cetak. Apalagi dengan kemajuan teknologi pada masa kini. 
    • Media ini paling digemari oleh semua orang.
    • Media elektronik yang paling banyak digunakan ialah televisyen. 
    • Selain daripada televisyen, internet dan radio juga antara media elektronik yang popular pada zaman ini. 

    Media pada masa dahulu VS Media kini

    Masa Dahulu: 
    • Kita berpusu-pusu membeli akhbar setiap pagi untuk mengetahui isu negara. 
    • Mesej disampaikan kurang efektif dan lambat. 
    Sekarang: 
    • Telefon bimbit kini dilengkapi dengan pelbagai aplikasi bercorak IT seperti kemudahan akses internet, kamera, permainan digital, aplikasi 3G dan sebagainya. 
    • Kemudahan SMS digunakan untuk menyampaikan mesej atau maklumat kepada teman, ibu bapa, mahupun masyarakat dengan mudah dan pantas.

    KESANNYA
    • Penggunaan bahasa kasar / bahasa kesat /bahasa tidak sopan ini di media telah menjadi satu fenomena yang tidak terkawal lagi pada hari ini. 
    • Gejala ini bukan sahaja melibatkan pertuturan secara lisan, malah telah menular hingga ke bentuk penulisan yang dipaparkan oleh media.

    Contoh Penggunaan Bahasa Yang Tidak Bersantun Dalam Media

    1. “Sakai” 
    • Bagi masyakarat Melayu secara umumnya sakai bermaksud salah suku kaum dalam masyarakat Orang Asli iaitu orang Asli kaum Sakai seperti juga kaum lain dalam kaum orang Asli seperti Senoi dan Jakun. 
    • Maka, penggunaan sakai dalam masyarakat Melayu membawa konotasi negatif iaitu dianggap sebagai cacian.
    2. “Butuh” 
    • Dalam masyarakat melayu di Malaysia butuh membawa maksud carutan. Perkataan ini merupakan perkataan yang tidak dibenarkan penggunaannya kerana dianggap sebagai mencarut. 
    3. “Bodoh “ / “Kepala otak” 
    • Merupakan antara bahasa kasar dan digunakan semasa memarahi orang yang lemah atau kurang pandai. 
    4. “Kurang ajar” 
    • Digunakan untuk memarahi orang yang tidak bersopan santun.
     Contoh Penggunaan Bahasa Kasar Dalam Filem Melayu

Filem Kongsi : 
  • Barua, hang berani mai tempat aku …Hang berani picit puting tetek aku… 
  • … sebab apa nama aku naik, depa nak cari mampus dengan aku apa .. 
Dialog yang didapati daripada filem ini berunsur bahasa kasar yang digunakan secara terang-terangan seperti barua, tetek dan mampus.
  • barua dan mampus = perkataan makian 
  • tetek = perkataan carut yang biasanya digunakan untuk menunjukkan kemarahan dan untuk menyakitkan hati pendengar. 
Ungkapan sebegini tidak patut digunakan sesuka hati kerana menunjukkan maksud yang sangat jelek dan tidak bersantun.

Penggunaan bahasa yang tidak bersantun dalam media juga mempengaruhi penonton.

Isu gangguan seksual
  • Gangguan seksual melalui media boleh dilakukan melalui medium internet, media cetek, dan juga melalui telefon bimbit. 
    • Internet: Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini.
    • Media cetak: menhantar nota, surat , poster yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media menyebabkan penerima berasa terhina dan terganggu. Media ini menolong penyampai melakukan gangguan seksual terhadap penerima. 
    • Telefon bimbit: pesanan ringkas(sms) dan pesanan multimedia(mms) digunakan untuk menghantar gambar-gambar atau pesanan yang berunsur seksual kepada penerima. Ini menyebabkan penerima berasa tertekan dan juga benci melihat orang lain. Media ini telah membantu penyampai menganggu penerima.

    Isu memaparkan filem-filem ganas dalam Televisyen
    • Seramai 741 pelajar dan 1,420 bukan pelajar berusia di bawah 18 tahun terbabit dengan pelbagai aktiviti jenayah. 
    • Selain itu, seramai 1,164 pelajar dan 1,877 bukan pelajar sudah ditangkap kerana terbabit dalam pelbagai aktiviti jenayah dalam tempoh sama. Keganasan di sekolah seperti buli, ‘gangsterisme’ dan pergaduhan sering dikaitkan dengan unsur negatif yang dipaparkan di dalam filem
    • Kajian MCPF( yayasan pencegahan jenayah malaysia) bertajuk ‘Delinkuensi Juvana’ pada 2002 mendapati program televisyen mempunyai pengaruh besar terhadap remaja dan menunjukkan mereka mudah dipengaruhi media massa. 
    • Di samping itu, hampir dua kali ganda sampel remaja memberitahu mereka terpengaruh dengan tingkah laku dan watak pelakon yang ditonton di televisyen dalam aspek perhubungan dan sikap dalam kehidupan.

    Isu internet
    • Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya. 
    • Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. 
      • Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. 
      • Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. 
      • Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa 

      Isu akhlak remaja yang kian meruntuh
      • Namun pengaruh media massa juga telah memberikan kesan yang negatif terhadap kelakuan dan pemikiran masyarakat terutamanya golongan remaja melalui kemasukan budaya barat yang semangkin menular ke negara kita.
      • Semua sedia maklum bahawa pengaruh media massa merupakan aspek yang penting terhadap kemasukan budaya barat seperti seks bebas, homoseksual, black mental, dan sebagainya.
      • Media massa iaitu media cetak dan media elektronik amat memberi pengaruh yang besar terhadap pembentukan akhlak masyarakat terutamanya golongan remaja. 
      • Media elektronik dan media cetak seperti televisyen dan majalah-majalah telah memapakan atau menayangkan gambar-gambar dan filem-filem yang kurang senonoh dan tidak beretika seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, merokok, dan cara pemakaian atau fesyen yang tidak bersesuaian dengan budaya timur. Hal ini bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Perkara ini secara tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran remaja.
      • Melalui majalah-majalah pula, artis-artis tempatan yang kononnya menjadi contoh dan teladan sebenarnya semakin membawa remaja ke arab kemaksiatan dan keruntuhan moral. Kandungan majalah dan gambar-gambar yang memaparkan unsur pendedahan aurat yang keterlaluan serta menjolok mata semata-mata untuk mengaut keuntungan yang maksima menyebabkan rosak minda para remaja

      Isu penyebaran berita palsu
      • Antara kesan negatif atau keburukan media massa ialah penyebaran berita palsu dalam internet. 
      • Penyebaran berita palsu ini amat berbahaya terutama jika melibatkan isu keselamatan negara.
      • Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, penyebaran berita palsu mesti dibanteras dengan segera. 
      • Penyebaran berita palsu akan menyebabkan berlakunya suasana panik dalam masyarakat.
      • Oleh itu, pihak yang menyebarkan berita palsu sewajarnya ditangkap dan didakwa di mahkamah. 

      Isu pengiklanan
      • Media massa juga boleh mendatangkan keburukan kepada pengguna melalui pengiklanan.
      • Terdapat pengguna yang terpengaruh dengan iklan yang dipaparkan kerana mereka berpendapat iklan tersebut amat menarik dan produk tersebut dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. 
      • Sebenarnya dalam kebanyakan kes, khasiat barangan yang diiklankan itu tidak menepati faedah yang dipaparkan. 
      • Antara jenis barangan yang selalu memperdaya pengguna ialah barangan kesihatan seperti ubat-ubatan, peralatan senaman dan barangan elektrik. 
      • Oleh itu, pengguna mesti berhati-hati dalam membeli sesuatu produk yang dilklankan di media massa.
      • LANGKAH MENGATASI
        • Bahasa yang digunakan dalam media ditapis dan diperiksa sebelum disiarkan atau disebarkan kepada masyarakat. 
        • Memberi penekanan kepada penggunaan bahasa yang betul dan bersantun serta memenuhi hukum tatabahasa Melayu. 
        • Bahasa yang digunakan biar mudah difahami oleh pendengar. 
        • Elakkan penggunaan bahasa kasar dan bahasa pasar yang tidak bersantun
        • Pengamal media elektronik harus membantu memantapkan penggunaan bahasa Melayu.  
          • Elakkan sikap suka mengaut keuntungan menerusi siaran tertentu dan mengabaikan penggunaan bahasa Melayu, sebaliknya kembali semula menjadi saluran penting mendidik penonton menggunakan bahasa yang betul.  
          • TV3 dan stesen swasta lain harus menambahkan jumlah rancangan terbitan berbahasa Melayu untuk tujuan mendidik penonton menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul.
            • Para penyiar radio dan televisyen seharusnya memainkan peranan dalam penyebaran bahasa Melayu yang betul. 
            • Pihak media sewajarnya menunjukkan contoh yang baik kerana mereka boleh berperanan sebagai “duta bahasa” kepada warga asing yang menjadikan akhbar dan radio sebagai sumber rujukan mereka. 

               KESIMPULAN
              Bagi membentuk sebuah negara bangsa yang cemerlang, peranan media massa amat penting untuk mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang bersantun dan betul.






Punca-punca gejala sosial



Pengaruh Media Massa 
  • Masyarakat mudah terdedah kepada banyak maklumat - bukannya semua maklumat itu berunsur positif - belia yang bernaluri belum matang mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. 
Pengaruh Internet 
  • Remaja mudah mengakses Internet - terdedah kepada maklumat yang menjurus ke arah pemikiran negatif.
Pengaruh Rakan Sebaya 
  • Ibu bapa sibuk dengan urusan kerja masing-masing - remaja lebih mesra dengan rakan mereka dan lebih mempercayai rakan berbanding dengan ahli keluarga atau ibu bapa - remaja mudah terikut-ikut dengan tindakan rakan sebaya. 
Pengaruh Artis 
  • Penyanyi dari negara Barat khususnya mempraktikkan amalan tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah - membawa remaja ke arah kemaksiatan dan keruntuhan moral.
Sikap Ibu Bapa 
  • Ibu bapa tidak prihatin terhadap sifat dan kelakuan anak-anak - ada sesetengah ibu bapa yang terlalu mengongkong anak -anak menyebabkan anak mereka mencari inisiatif lain untuk lari daripada kawalan ibu bapa. 
Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba 
  • Perkara baru akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja. Remaja terdorong untuk mencuba disebabkan tiada panduan daripada ibu bapa.
Kurangnya Didikan Agama 
  • Remaja yang kekurangan didikan agama dikatakankapal tanpa nakhoda - mudah terpengaruh dengan budaya negatif - menginginkan kebebasan 
Sikap Masyarakat yang Tidak Mengambil Berat tentang Permasalahan Remaja 
  • Masyarakat tidak mahu dikatakan 'menjaga tepi kain orang’ - membiarkan tanggungjawab kepada pihak kerajaan sahaja -

Kesan-kesan gejala sosial

Terhadap individu sendiri 
  • Dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat.
Terhadap keluarga 
  • Mengakibatkan ketidakharmonian dalam kekeluargaan - berlakunya penceraian - maruah dan nama baik tercemar - keluarga menjadi porak-peranda dan berpecah-belah - perasaan buruk dan prasangka - sifat saling curiga-mencurigai antara ahli keluarga. 

Terhadap masyarakat 
  • Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram - perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat terjejas
Terhadap negara 
  • Kehilangan generasi dan pemimpin pada masa hadapan - pembangunan negara akan terbantut - keadaan ekonomi negara sukar untuk berkembang - kadar jenayah dalam negara meningkat - perbelanjaan kerajaan meningkat kerana bertambahnya kos nyata di negara –
  • Kos nyata termasuklah: 
  1. Kehilangan / kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi. 
  2. Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan untuk penagih dadah. 
  3. Kos bagi menyelenggarakan program-program pencegahan. 
  4. Kos kerugian akibat aktiviti jenayah yang berlaku. 
  5. Kos untuk meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan makamah, hospital dan sebagainya .

Cara mengatasi gejala sosial

1. Ibu Bapa Memberikan Didikan Agama Sejak Kecil 
  • Ibu bapa harus memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak kecil – membolehkan mereka membezakan betul atau salah sesuatu perkara - mendidik anak-anak bahawa terlibat dalam gejala sosial merupakan tindakan yang tidak betul. 
2. Ibu Bapa Memberikan Kasih Sayang Sepenuhnya Kepada Anak-anak 
  • Ibu bapa patut memberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak mereka - peka terhadap perubahan yang berlaku pada anak-anak.
3. Guru sebagai Kawan kepada Remaja 
  • Guru di sekolah harus bertindak bukan sahaja sebagai pembimbing akademik, malahan juga sebagai kawan kepada remaja - anak murid akan berjumpa dengan guru apabila menghadapi masalah. 
4. Penganjuran Kempen 
  • Pihak berkuasa harus kerap mengadakan kempen - menyedarkan para remaja tentang keburukan terlibat dalam gejala sosial.
5. Peranan Media Massa 
  • Media massa mesti mengawal penyiaran secara besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja - perlu sering menonjolkan remaja yang baik - sebagai contoh untuk diteladani.

ISU GEJALA SOSIAL

MAKSUD GEJALA SOSIAL
  • Gejala bermaksud tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut kamus, padanan yang kerap diberikan kepada perkataan gejala ialah petanda yang membawa kepada berlakunya masalah. 
  • Sosial pula merujuk kepada hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. 
  • Gejala sosial ialah tanda-tanda atau alamat tentang perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti pada masa lapang.



GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

PERGAULAN BEBAS
  • Dari segi bahasa, pergaulan bererti proses bergaul, manakala bebas bermaksud terlepas daripada ikatan. 
  • Pergaulan bebas membawa maksud proses bergaul dengan orang lain yang terlepas daripada ikatan pergaulan, biasanya melibatkan perhubungan antara lelaki dan perempuan.

PENYALAHGUNAAN DADAH

  • Penyalahgunaan dadah melibatkan penggunaan dadah secara berlebihan yang membawa kepada ketagihan. 
  • Penggunaan dadah secara berlebihan akan mendatangkan perasaan gembira yang tidak terhingga. 
  • Ketagihan dadah turut bertujuan melarikan diri daripada kenyataan. 
  • Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa penagih dadah lebih cenderung untuk menagih dadah secara berterusan.

PONTENG SEKOLAH

  • Ponteng ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. 
  • Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. 
    • Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam sehari.

    PEMBUANGAN BAYI

    • Perkataan ‘membuang’ membawa maksud mencampakkan, menghapuskan dan menghilangkan. Perkataan ‘bayi’ bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu. 
    • Maksud ‘pembuangan bayi’ ialah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan.


    VANDALISME
    • Vandalisme ialah tindakan jahat yang melibatkan perlakuan merosakkan harta benda awam seperti telefon awam dan menconteng pada tempat awam seperti tandas awam. 
MELEPAK
  • Maksud “lepak” ialah perbuatan bersiar-siar dan bersantai-santai. 
  • Ia dilakukan di tempat awam di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti di pasar raya, perhentian bas, kompleks beli belah dan sebagainya. 
  • Ia bukan sahaja merosakkan pandangan tetapi juga menganggu orang lain. 

GENGSTERISME
  • Gengsterisme boleh dikatakan sebagai aktiviti yang bersifat jenayah yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan individu. 
  • Aktiviti gengsterisme termasuklah membuli, mencederakan mangsa, menyamun, memeras ugut dan bergerak dalam kumpulan serta mempunyai seorang ketua.


Cara-cara menangani isu ibubapa dan masyarakat dalam kesantunan

Kerajaan 

1)Kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang

  • Ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam penjagaan anak mereka boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim. 
2) Pihak kerajaan harus memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini yang disebabkan oleh keruntuhan kesantunan dan budi bahasa. Pihak kerajaan harus mengenakan hukuman yang bejat kepada mereka yang membuang sampah sesuka hati kerana hilang kesantunan dan budi bahasa. Sebagai contohnya, pihak kerajaan harus meningkatkan kompaun atas masalah pembuangan sampah-sarap secara sesuka hati ini. Selain itu, pihak kerajaan harus menjatuhkan hukuman penjara dan mencaci mereka yang membuang sampah-sarap secara sesuka hati supaya masyarakat akan melihat kebejatan masalah ini dan supaya mereka yang terjebak dalam masalah ini akan membuka mata dan balik ke pangkal jalan. 


Keluarga 

Mengawal emosi diri sendiri. 
Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
Sentiasa ambil tahu perkara mengenai anak-anak mereka sama ada di sekolah, di luar rumah ataupun di rumah
Meluangkan masa menemani anak-anak mereka dan mendidik anak-anak mereka
Memberi kasih saying kepada anak-anak mereka






Contoh-contoh isu kesantunan masyarakat

Penduduk Taman Medan kecewa masih ada pihak buang bahan buangan di bekas lombong 

PETALING JAYA: Penduduk di Taman Medan di sini kecewa kerana terpaksa menghidu bau busuk setiap hari yang dikatakan berpunca daripada pembuangan sampah di sebuah kawasan bekas lombong yang dalam proses penutupan, berhampiran kediaman mereka.


Sampah-sarap terbabit dibawa masuk oleh berpuluh lori mengangkut sampah untuk dilonggokkan di kawasan itu setiap hari.
Penduduk, Megat Ahmad Tirmidzi Megat Abdul Latiff, 48, berkata apa yang menyakitkan hati ialah sisa buangan itu bukan setakat datang dari sekitar Petaling Jaya, malah turut memuatkan sampah-sarap dari beberapa lokasi di pinggir Kuala Lumpur seperti Jalan Klang Lama, Taman Desa, Salak Selatan, Taman Overseas Union Garden (OUG) dan Jalan Kuchai Lama.
“Kami sudah lama bersabar kerana setiap hari kami menghidu bau sampah yang amat busuk. Lebih teruk, ada anak kecil kami sakit akibat tiada selera makan.
Ada pihak berkuasa tempatan (PBT) pun macam tiada saja.

“Apakah mereka ingat Taman Medan lokasi pembuangan sampah besar-besaran? Tapak lombong ini sudah hampir 85 peratus ditutup tetapi mengapa masih terus dilonggokkan sampah yang tinggi menggunung di atas sebuah kawasan tanah rata berhampiran lombong.
“Ini tidak masuk akal. Kami bimbang masalah ini jika dibiarkan, akan menjadi ‘nanah’ kepada kami. Ketinggian sampah-sarap semakin bertambah sehingga melebihi ketinggian sebuah rumah dua tingkat,” katanya ketika ditemui Sentral di sini.

Operasi pembuangan sampah itu dilakukan di kawasan yang letaknya kira-kira beberapa meter saja dari Taman Buana, Taman Indah Jaya dan Taman Datuk Harun di sini.
Megat Ahmad Tirmidzi berkata, pihak persatuan penduduk kawasan itu sudah membuat aduan beberapa kali kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), namun sehingga kini usaha mereka seperti ‘anjing menyalak bukit’.

Katanya, bau busuk itu dapat dihidu di beberapa sekolah di sini seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Datuk Harun dan Sekolah Menengah (SM) Taman Medan sehingga mengganggu pelajaran pelajar.

Sentral yang meninjau kawasan pembuangan sampah yang berkeluasan kira-kira 19 hektar 
itu mendapati hampir 150 lori sampah keluar masuk ke kawasan itu dengan setiap lori dianggarkan mengangkut seberat tiga tan sampah.

Seorang lagi penduduk, Mohammad Badaruddin Mohammad Aminuddin, 37, mendakwa penduduk di kawasan kediaman di situ sering diganggu nyamuk dalam jumlah yang luar biasa sejak dua tahun lalu.

“Tidur malam kami sering diganggu nyamuk. Saya bimbang keselamatan anak kecil. Justeru, saya berharap agar satu tindakan drastik dapat dilakukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam menangani masalah ini,” katanya.

Beliau turut hairan bagaimana perkara itu boleh terlepas pandang sedangkan tapak pembuangan sampah itu begitu hampir dengan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan dan pejabat Ahli Majlis kawasan berkenaan.

Pandangan sama dikongsi jirannya, Mohammad Jazrizal Abdul Rahman, 35, yang mengadu anak perempuannya sering mengalami masalah kesihatan dan tiada selera makan sejak tahun lalu kerana tidak tahan dengan bau busuk dari tapak pembuangan sampah itu.

“Anak perempuan saya sering sakit dan gagal hadir ke sekolah kerana masalah ini. Saya cukup risau dengan masalah ini dan saya mendesak pihak berwajib segera ‘turun padang’ bagi menangani isu ini,” katanya.
Dipetik daripada Berita Harian 2010/12/20